Isnin, 23 Mac 2015

PENGURUSAN BILIK DARJAH

DEFINISI BILIK DARJAH







Terdapat kajian yang menunjukan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Pengurusan bilik darjah juga merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid di dalam bilik darjah. Umumnya, pengurusan bilik darjah merujuk kepada kebolehan guru mengawal murid-murid bagi memastikan proses P&P berjalan dengan lancar. 

Guru perlu berusaha mencegah berlakunya sebarang tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid-murid. Guru yang juga digelar Pengurus Bilik Darjah iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual seperti membersihkan bilik darjah, mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti P&P, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan lebih berkesan & mengurus aktiviti kumpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan